A k t i v i t i TERLAMPAU K e l a b S R D
MELEPAK SAMBIL BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN


Boleh dikatakan hampir setiap malam minggu budak-budak kelab tidak jemu-jemu berkumpul di Teluk Danga Jb..


Siapa yang baru join kelab, kenalah tampal sticker.


Team Southern Revolution Development Motorsport Club


Date: 27 DEC bye-bye-2009
Venue: Private n Confidential


FUNCTION
unformal assembly
total user- up to 10 cars

2010 Sticker Launching..

Meet New fReNz!!
HeRy - Kem Majidee
Alif - Kg Melayu Majidee
Akmal - Skudai
Anwar - Kluang



Set-Up
CONVOY 2010 BATU LAYAR BEACH
date: Only at 6th Febuary
(berkumpul di Stesen minyak Shell Skudai jam 8pagi)

XTVT - (U)
Makan-makan
Berenang-renang ketepian
Bola Pantai
B B Q
*note: serah duit BBQ RM10 pada Setiausaha (Safik 0172198547) !!


BERKUMPUL DI DANGA BAY - Perjumpaan pada kali ini, kami menanti kedatangan SRD cawangan KL yang katanya mahu bersama kami pada malam itu. Malangnya gagal.. Walaubagaimanapun, kami menyambut kedatangan ahli-ahli baru dari sekitar JayBee pada malam itu dan agenda suai kenal dimulakan selepas pelekat rasmi di pasangkan.



Tarikh 14hb Jun 2008
Masa 9:00 malam
Lokasi Teluk Danga Jb


SRD MOTORSPORT mengadakan satu perjumpaan rasmi yang terulung kalinya di Danga Bay bagi sessi pengenalan ahli?baru yg diantaranya masih belum mengenali antara satu sama lain.
Masa 9:10 malam
Taklimat bermula dan majlis suai kenal di mulakan
Masa 10:00 malam
Penerangan dari pengerusi kelab mengenai latarbelakang kelab dan juga tentang stok barang servis
Masa 10:15malam
Penerangan mengenai baju t-shirt dan pelekat cermin kelab.(akan datang akan buat baju kemeja, pakai masa perjumpaan besar / konvoi..) Penerangan mengenai SRD pitwork, Jika ada sebarang masalah tentang kereta atau servis, kru servis: Ani dan amen akan datang ke tempat anda utk khidmat repair, servis dll.. Penerangan tentang gathering, dalam cadangan utk cari tempat yang ada karaoke terbuka. Mengenai [lokasi][tarikh][kos] akan ditentukan.
Masa 11:00 malam
Majlis ditutup, masing-masing bergambar beramai-ramai untuk koleksi kelab dan peribadi, Lepas bersurai semua, kiteorang pegii minum2 dekat Tok Abah Cafe dekat streetmall, ingat malas nak start engine g jauh2 kite pon trus walk true je kat dpn tu dah smpai..Minum punye minum, ader sorang mamat SRD tu order milo ais katanye nak makan malam skali, Yang tak tahan kelakar tuu.. skali tepandang kat menu, trus tepanjat nengok milo ais 2.50tak jadik makan malam trussss beb.. huhu jawabnye minum milo ais smpai kenyang la haha. tak lame lepastu memandangkankan milo ais 2.50 pon tak berape nak kaww, kiteorang pon malas nak cakap bnyak start engine g ronda-ronda bandar jap pastu blahhh.


Futsal Friendly Match on 05 Disember 2009

Aktiviti Beriadah dan Mandi Manda pada 01 April 2008
Kelab SRD nak gi mandi kat Teluk Ramunia Beach Resort Ahad ni. tunggu kat shell batu 5. Tak der bayaran apa-apa, bayar sendrik-sendrik. Ni aktiviti hujung minggu bagi melepaskan tension bersama rakan-rakan sekelab.


23 MEI 2008
Masa 10pm keatas
Tempat Pandan City



Tujuan: Berkumpul serta membincangkan berkaitan dengan baju ahli kelab.


Perjumpaan ahli2 baru Cawangan Skudai di Dataran Bandaraya Jay Bee pada malam 31 Ogos 2009.



TARIKH 1 JUN 2008
MASA 6 PETANG
LOKASI DAIMAN BOWL


Ahad ari tuh, kitorang buat xtvt main bowling ngan bebudak kelab. Yang join pon x ramai sgt ada la dlm 5-6 orng. Saje-saje main jer, wat panaskan badan. Agak lama kitorang x beraksi di arena pembowlingan, memasing maen mcm hampeh. Tapi untuk first game je la, tp lepas 2nd game, masing-masing mula tunjukkan kehebatan hingga tahap maksima.Sampaikan ada yg masuk longkang sebelah..hahaha.. Apa pon best la. Juz nak enjoy jer. Kitorang main 2 set.Sapa yg menang pon kitorang x tau. Asal jalan jer, trus baling.kakaka... Lepas main, ada yang trus cabut.Tapi ada gak yg gi nengok wayang. Daripada kita habiskan masa dgn buat wayang, baik kita nengok wayang. Sekurang2 nya menyokong industri perfileman tanah air. Tp agak jiwang sket mamat2 SRD ni, gi nengok citer Apa Kata Hati? boleh tahan la citer dia....yg part lawak AC Mizal jer ler...yg laen boleh la...ada gak part2 dialog yg bleh pakai utk memikat gadis2 remaja...uhuhuhi
Lepas abis nengok wayang kitorang gi mana erk? lupa plak aku. Aku rasa trus balik umah kot.Ok next time kita maen bowling lagik. Kena training selalu. Kalo ada masa kita wat Tournament.


Diantara ahli-ahli kelab yg sempat meluangkan masa bersama 'konvoi' di Air terjun Gunung Belumut - Kluang, Johor

(*double klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih jelas)












TARIKH 25 MEI 2008
LOKASI WATERFALL
MASA 12 TGHARI



AKTIVITI MANDI-MANDI KAT WATERFALL KOTA TINGGI
Ari ahad ari tuh kitorang gi mandi kt Waterfall. Saje nk menyejukkan badan sebab line tgh panas. Yang ikot pon boleh tahan la tak ramainya. Suh tunggu kat Esso tp aku tunggu korang mcm nak pegi Essok. Apa pon best gak la pasal dpt pg ramai2. Tapi memasing pergi jantan2...apa baranggg!!!! bro..!!! mamat kereta tp gerak solo.(aku pon sama..uhuhuhu) apa nk buat aweks2 sumer cuti balik kmpung.(sapa yg ada awek ler). sampi sana dok kerah tang tu jer ler....hahaha...Sampai sana nengok ramai plak orng yg mandi.Kacau jer, mandi la kt umah..Pastu nk mandi pon kena bayar.uhuhuh...dh la jalan kaki jauh giler sebab tmpt full..blum smpt mandi, badan dah basah dgn peluh. Dh smpi kt tmpat mandi cuci mata dulu... hahaha...pastu dok layan2 geng2 pengkid.Sanuk plak duk tunjuk skill susun batu kt awek pengkid. MMboohh...bukan main suka lagik...Boleh tahan ramai. aweks2 pon ada.(patutla sumer nk gerak solo) bleh tahan diorang...Tgh dok syok2 mandi, ujan plak tu abis basah.Apa lagi kitorang belah la...dok tgh otw jalan kaki, makin lebat plak...lepak dulu la.
Lps mandi sumer, kitorang trus balik, ada yg trus balik umah...ada yg lepak kedai mamak. Lepas lepak, kitorng gi Plaza Kote plak. Ingt nk gi karaoke, penuh plak. Hmmm...dh penuh kitorang gi cuci2 mata la..duk pusing2 atas bawah, 5-6 kali la...maklumla air dh naik kepala...hahaha..Habih tu, kitorng blah.Penat plak. Balik umah tido.



Aktiviti berbuka puasa sesama ahli sekelab di Restoran MyFrennnzz Kempas Jb. Juadah yg dipilih; kurma, kentang goreng, air cincau, nasi berlaukkan ikan pari 3rasa dan kurau bakar, tomyam campo, telur goreng, sayo khailan, keropok lekor.. ermmMMmMm mcm besh je?? Bulan pose ni kiteorang rancang nak wat buke pose serentak beramai-ramai kat mana-mana restauran yg menyediakan makanan yg besh besh.. slurp..bincang pnye bincang, riekey pnye riekey last2 resultnya wat kat MyPrEenNn kempas.. Nak tau sedap tak sedap mase tu kiteorang siap testing menu one set beb, baru test ikan, tomyam, sayo je, kptsannye fuhhh.. sungguh lazat tak terkata.. tapi takde la sampai menjilat jari, kiteorang rilek je ahaksMaser gathering tuh masing2dtg awal, yg datang sharp2 allahuakbar.. allahuakbar.. teross makan pn ada hehe, tak kesah la tu, lg pon tak elok buka pose lambat2 kan? nak dijadikan cerite pada ptg tu, ada yg datang paling awal dari pukol 6 ptg dah techongok kat dpn lauk, itu tak kesah la.. sebab bulan puase dorang dapat balik keje awal sket kire okey la tu tapi yang tak boleh diterima dalam ramai2 ahli sorang pon tak perasan api lilin pemanas kat bawah lauk tuh dah mati, isk, isk, isk entah dari pkul brape taktau la menu kite di hidangkan, last2 skali same2 makan lauk sejuk.. kuangkuangkuangdgn makan lauk sejuknye lain, dgn tak cukup lauknye lain.. mane taknye, orang yg bagi kputusan tak dapat datang pon turut datang makan skali... huh hampeh!


Malam Gathering Berbuka Puasa
Gabungan antara chatterz mIRC & SRD MOTORSPORT
Venue di Taman Tasek Merdeka Johor Bahru (5hb September 2009)




SRD MOTORSPORT & mIRC chatterz


tarikh..... 11hb Jan 2009
Masa....... 10 lebih malam


Tempat... Dataran Drift DangaBay.. haha!.....................................kritikan by: krew fanatik SRD

program
-tetapkan ahli yg sudi nak join kite g konvoi kat p.dickson
-bincang pasal aktiviti yg nak dijalankan,
(rasenye mandi manda, main bola tampar ngan barber-q je kot) tak taula kalo2 bdak2 kelab ni ada cadangan yg lain
-bincang pasal jenis penginapan yg sesuai
(rasanya apartmen kot, sbb kite g ramai2 takkan nak bawak kemah pulak)
-bincang pasal tmpat yg besh nak pegi
(Casa Recado Beach Resort)
-penerangan tntang kos penginapan
(RM 380: apartmen 3 bilik utk 6 orang)
- Penerangan tentang sticker konvoi
- Pengenalan ahli baru,.. tampal sticker kelab
-bosan2 sembang sembong, minum2, relax2, release tension
(tidak membuat aktiviti yg dilarang)
Perjumpaan kalini kiteorang dah tuka selere baru, skrg da tak port dkt dgn tepi starcruz lg. Kiteorang wat kat tmpat.. seperti yg tertera di atas.
Ape pun malam tu kiteorng ada tetamu tehomat iaitu:
MAX & KECIK (JeNGKiNG^BiRU) dari Bukit Saujana
Md NOR dari Tmn. Universiti
Razif dng pasanganya dari Kulai Jaya
Azim (majidee) dan juga member2 unregistered lain yg kita dpt kenal pd mlm tu.
Mereka merupakan ahli baru dalam geng SRD. Mcmane pun kiteorng nak ucapkan terime kasih bebanyak sbb korang terase sudi nk join kiteorng, harap2 tak lah rase serik.. biar rase gerek!!
Adakah cik fanatik kita rasa bangga atau.. rasa bangang??
emm.. 3 rase kot, semestinye rase bangga la kan.. mane taknye, tapi kalau nak cerita pasal kedatangan pd malam tu memang tesangat la hampeh. Sbbnye kalau nk diharapkn segelintir ahli2 registered yg lama2, yg mungkin dah tak berminat nak join perjumpaan kelab lg.. mgkn juga dorang cuma minat tampal sticker je kot..? tak habis2 dgn alasan2 yg sama 'tak dapat dtg! tak dpt dtg!' 'tak dpt dtg!' :( huh.. nak wat camana,, diorang yg wat kptsan.. so, skrg ni ahli baru leerr yg mainkankan peranan hingga kelab ni hapening.. jadii harap2, korang(tak kira lah yg baru ke lama.. Still support SRD!!)
selang 1 jam 7 minit kemudian,
datang pula geng2 antu gigi.. ,eh silap!
datang pula geng2 kereta entah dari manapun tak berapa nak pasti, dari situ mereka membuka bonet, dan tiba tiba kedengaran bunyi boom! boom! cikkeyboom.. dung dang dung dam.. bang! sana ngang sini!.. fuiyoooo!! mengalahkan autoshow la brader.. kiteorng dapat rasekan betapa luasnya disko pada malam itu haha! Sampaikan audio jiran kelab sebelah yg tak berape nak kurang hebatnye terusss tak bunyi ape! .suara kiteorng pn dah tak berape nak denga, fuh! Nasibaik masetu dah lepas taklimat..Ape2pun kire okey la layan dengar sound system dorang. rase mcm nak wat shuffle pn ader, Dok lama2 kat situ pun leh keras gegendang telinga woi!! Kiteorng teruskan agenda pd malam itu dgn menonton perlawanan sepak bola dalam gol sambil minum air di sebuah restoren berhampiran Southern City...

sekian terima kasih
lu fikirlah sendiri!!!!
assalamualaikum..



lepak lepak SRD lagie !!
sementara menunggu aktiviti yg akan datang ni (beb.. nak tunggu smpai bile?!), seperti biasa di penghujung minggu kiteorg menghabiskan waktu malam dengan melepak melepak dan melepak. haha! dah asyik dok memerap dekat rumah tu sampai lembek badan dowh! ahli2 yg lain pun satu!, payah sgt bile nak ajak join apasal?? dah la ajak jumpe, kumpul susah!, suwoh wat aktiviti pn lg la susah! tak sporting langsung la brader cam ni.. uwek!! :p fak fak fak- biasela malam minggu, nak nengok mat-mat rempit buat stunt terlampau?? free free je sambil isap rokok (menghirup udara malam) skali dengan free pakej entertainment beraksi secara live tepacak depan mata, haha yg jatuh pn ada.. biase la tuh (gambo xde kekeke!)
showkk jugak eks kawan-kawan, lepak lepak sekali sekala sambil lepaskan tekanan hidup masing masing yg dah banyak menekan di kepala.. haha! tak cukup lagi, sambung lagi lepak lepak dekat roscaow, pagi pagi bute melalak, komferm kena sound "bagusla tuh! memekak pagi-pagi bute!" (kalo mak tahu) xpe ilexxzz je.., pagi ni mak rejeck tahu, dia cume ambek tempe je wat sarapan huahaha.. xpe xpe, dah memang tempat tu dihalalkan utuk melalak di waktu sebegini.. ahaks, Mr. Tajul (Pantera_Jb) telah menyumbangkan 2 buah lagu yg berjodol ehem.. ehem.. rahsia, takleh kasi tau, tangkap nangis nanti kekeke..ada lagi dua tiga ahli SRD yang terus taktau malu menghembus nyanyiannya, malas nak kasi tau sape, sebab suara tak sedap, tempoh out, pitching pon kelauttt huhu!.. mcmanapun pagi tu Pantera_Jb dapat kepujian dari abang DJ disitu yeehaaa.. kekeke


aawoookkkk!!
bebudak! bangun woi bangun!
minit mesyuarat dah terpampang nie!!
malu woi...!


Minit Mesyuarat pada 30 April (Khamis)
Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa baru

Masa..................... : 8.30 malam
Tempat ..................: Restoran My friend, Kempas, Johor Bahru, Johor

Kedatangan:
1. Hafiz b. Hussin

2. Hannif b. Hussin

3. Hairullani b. Ali

4. Herwan b. Abd Aziz

5. Sanusi b. Wirah

6. Sharul Joehaizam

7. Azizan b. Md Saion

8. Khai

9. Norhayati

10. Rafidah bte Matnor

11. Razif b. Rosli

12. Mohd. Hafitzh b. Abu Bakar

13. Mohd Hafiz b. Mohd Yusof

14. Mohd Hazim b. Ramli

15. Mohd Ismail b. Md Noh

16. Mohd Adha b. Mazlan

17. Muhammad Alfida’iy

19. Mohd Norshafiq b. Md Salleh

20. Mohd Isa b. Yusri

AGENDA

1. ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (EN. HAFIZ B. HUSSIN)
Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan merasa bangga dengan kehadiran pada petang ini walaupun seperti yang diketahui ada yang sukar bagi segelintir ahli kelab untuk berkumpul bersama-sama sebegini disebabkan terlalu sebok dengan hal-hal yang mendatang.

2. TUJUAN MESYUARAT PADA KALI INI
Mesyuarat kelab kali ini akan membincang dan memperbetulkan keadaan didalam operasinya. Beliau mendapat laporan dari ahli jawatan kuasa mengenai ada kedengaran sura-suara ahli kelab baru yang ingin mengundurkan diri dari kelab serta akan menubuhkan satu kelab yang lain.

Beliau berpendapat, dengan berlakunya perkara sedemikian adalah kerana operasi kelab yang sekarang telah tidak aktif.

Beliau juga menyatakan adalah disebabkan organisasi yang lama, dimana ahli kelab yang lama telah tidak aktif dan segala kegiatan kelab tidak dapat dirancang dan dijalankan dengan sempurna, manakala pula dengan ahli baru yang semakin bertambah tidak dapat menyertai sebarang kegiatan kelab.

Beliau lagi menyatakan disebabkan kelab yang telah berusia 3 tahun ini belum mempunyai dana satu sen pun. Dana yang dimaksudkan adalah termasuk dalam mempermudahkan dan mempercepatkan segala proses aktiviti yang melibatkan kos seperti deposit, kos perhubungan dan lain-lain (berdasarkan aktiviti yang hendak dijalankan)

Beliau berharap dengan mesyuarat kali ini dapat menyelesaikan segala masalah yang ada di dalam kelab.

3. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU 2009
Beliau selaku Penaung telah mencadangkan jawatankuasa baru adalah seperti berikut:
Pengerusi: Mohd Hafitz b. Abu Bakar

Timbalan Pengerusi: Mohd Ismail b. Md Noh
Naib Pengerusi: Mohd Hafiz b. Mohd Yusof
Setiausaha: Mohd Norshafiq b. Md Salleh
Penolong Setiausaha: Hairullani b. Ali
Bendahari: Sanusi b. Wirah
Ahli Jawatankuasa: Azizan b. Md Saion, Nizam b. Ahmad, Mohd Hazim b. Ramli, Muhammad Alfida'iy, Mohd Isa b. Yusri, Khai, Hafiz b. Jamain
Semua yang hadir telah menyokong dan bersetuju dengan pemilihan ini.

4. YURAN BULANAN KELAB
Mohd Adha b. Mazlan mencadangkan bahawa yuran bulanan ahli sebanyak RM10

Yuran bulanan adalah untuk pengurusan aktiviti dan pentadbiran kelab.

Semua yang hadir juga telah menyokong dan bersetuju dengan cadangan ini.

5. BENGKEL KELAB
Beliau memaklumkan bahawa bengkel kelab kini berada di Batu 6 PANDAN, Jalan Kota Tinggi - Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor. (Bersebelahan Kilang Yeo's dan berhadapan dengan Pasar Borong Pandan). Bengkel kelab telah beroperasi disana dari 4hb Januari 2009, meng-alukan sokongan ahli-ahli, berkelayakan mendapat harga rendah menservis/men-convert di SRD AUTOWORK GARAGE. Segala pertanyaan mengenai operasi bengkel boleh di kemukakan.

6. AKTIVITI AKAN DATANG
Beliau membuka cadangan mengenai aktiviti yang akan datang.

Mohd Ismail b. Md Noh mencadangkan aktiviti seterusnya adalah membuat konvoi ke Gunung Lambak - Kluang, Johor.


Cadangan oleh Hairullani b. Ali untuk membuat aktiviti mandi-manda di Air Terjun Kota Tinggi tidak dipersetujui oleh semua yang hadir.
Tarikh konvoi ke Gunung Lambak telah ditetapkan pada 31hb MEI 2009.

7. KAIN RENTANG
Beliau mencadangkan untuk membuat BANNER kelab.

Semua yang hadir bersetuju dengan cadangan beliau.

8. LAMAN BLOG SRD
Beliau memaklumkan kepada ahli-ahli yang belum menyerahkan gambar mereka untuk koleksi di dalam laman blog kelab, sila hantarkan melalui inframerah kepada saudara abang Is (Mohd Ismail b. Md Noh).

Beliau memaklumkan lagi mengenai laman blog yang telah dikemaskini dan di naiktaraf oleh beliau dengan bantuan saudara Mohd Syafik. Segala gambar, profile dan aktiviti kelab telah tertera dengan lengkap disana.

Cadangan untuk menambah fakta-fakta di dalam blog, sila emailkan ke email kelab.

9. LAIN-LAIN HAL
Beliau memaklumkan kepada mereka yang belum melangsaikan duit sticker dan baju, sila rujuk pada bendahari.

Pembayaran yuran bulanan telah dimulakan.

10. MESYUARAT AKAN DATANG
Mesyuarat akan datang dicadangkan pada 12 OKTOBER 2009.

11. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam dengan ucapan "AKTIFKAN DIRIMU"

Ucapan jutaan terima kasih daripada Pengerusi Majlis dan berharap segala perkara yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan sukses!!



Setiausaha.


Berikut merupakan beberapa gambar aktiviti yang sempat kami paparkan,
Segala coretan diruangan ini adalah semata-mata untuk mencari hiburan dan tidak sekalipun bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak!
[ COMMENT ]

' BELIA PECUT BENCI DADAH '










(*double klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih jelas)

baju t-shirt dan pelekat cermin (decal) telah dikeluarkan pada 9hb Jun 2008


gambar 1 - design hadapan
gambar 2 - design belakang
gambar 3 - design lengan
gambar 4 - baju t-shirt SRD MOTORSPORT



POLO T-SHIRT SRD MOTORSPORT
b
aju t-shirt kolar dan pelekat cermin (decal) terbaru untuk ahli baru dikeluarkan pd 3hb 12 2008. Perancangan telah di buat untuk memakai baju kolar ini pada aktiviti konvoi ke Port Dickson bulan Febuari nanti.